Aku, Abah dan Bola Sepak

Part 1 : Malaysia vs Thailand.

Kisah ini berlalu pada tahun 2001, ketika itu, Malaysia sedang menganjurkan temasya sukan sea. Ya, kita tuan rumah.

Klik untuk dapatkan promosi.

Kenangan bersama arwah abah ini masih segar dalam ingatan. Walaupun ketika itu aku hanyalah seorang budak kecil darjah 4.

Cuti sekolah dan abah bercadang membawaku pergi menonton perlawanan akhir badminton sukan sea ketika itu.

Abah aku merupakan seorang warganegara indonesia. Namun atas sebab sudah lama bekerja di Malaysia, beliau diberi taraf kerakyatan Malaysia. Sebagai penduduk tetap. Sebab terlalu ‘busy’ bekerja/berniaga. Beliau tidaklah begitu mahir dalam selok belok sukan sea(macam mana nak pergi tengok dan beli tiket semua).

Tapi atas faktor sayang akan anak lelakinya yang satu-satunya ini. Dan mahu aku sendiri menyaksikam sukan kegemaran ku iaitu badminton dengan mata kepala ku sendiri(secara live). Beliau tekad. Meredah shah alam.

Venue tak tahu(exact place) ‘we know as stadium badminton shah alam’. Sebenarnya ialah, Stadium Melawati Shah Alam.

Awal pagi gerak, dengan menaiki teksi. Ketika itu kami tinggal di Klang, Taman Barkeley dan taklah jauh dari Shah Alam. Tapi atas sebab susah nak Carik Teksi. Terpaksalah abah menghubungi khidmat “kereta sapu” sampai di tempat tujuan. Kami tercengang.

Abah: kat mana nak masuk?
Aku: *bajet tahu* sana tu ha. Yang ada polis. sambil tarik tangan abah.

Sampai di pintu masuk. Polis tersebut menanyakan sama ada kami sudah mempunyai tiket atau tidak.

Mana lah nak ada tiket. Pergi ke stadium pun macam ‘rembo’. Hahahaha.

Polis: ni orang mana ni?
Abah: errrr. Saya sebenarnya…
Aku: saya anak malaysia tuan. Lahir pun 31 ogos!

Polis: kalau malaysia rilek la. Pergi sana sambil menunjuk ke arah kaunter tiket lepastu tunjuk ic. Alaaa. Cakap la penyokong malaysia.

Apa yang anehya ketika itu. Tiket untuk penyokong Malaysia adalah percuma. Dahla percuma. Dapat pulak ‘cenderahati’.

Sebab kami berdua. Dapat 2 beg. Dalam beg ada barangan dari penaja. Dan juga bendera Malaysia. niat hati nak sokong Indonesia sebenarnya.

Dalam perlawanan tersebut, banyak dimenangi oleh pasukan Indonesia. Namun juara perseorangan lelaki ketika itu. Adalah dari Malaysia, Roslin Hashim!

Perlawanan bermula kira-kira jam 12 tengah hari. Dan berakhir dalam jam 8.30 malam.

Keluar sahaja dari Stadium Badminton. Kedengaran bunyik gegak gempita.

Abah: wow. Bisingnya.

Aku: ada apatu bah?

Abah: nak tengkok ke? Ke dah penat?

Aku: ohhhhh. Bola la bah. Harini final. Malaysia lawan Thailand. Nak! Jom.

Kusangkakan panas hingga ke petang. Rupanya hujan ditengah hari.

Inilah peribahasa yang tepat menggambarkan situasi kami ketika itu. Kenapa?

Tiket bukan lagi percuma. Dan mahal! Sebab apa mahal? Ulat yang jual. Ketika itu aku tak tahu la apa ulat tiket tu. Tapi memang keadaan dia terlalu memaksa. Dan juga, dengan harga mahal tak silap lebih dari Rm50. Dari riak wajah abah, aku tahu yang harga tiket itu mahal. Dengan keadaan kecewa abah memujuk aku.

Abah: jom la carik KFC ke. Abah lapar. Rokok pun dah habis ni.

Aku: kfc! Nak nak nak.

abah memang peminat tegar rokok. Dalam stadium tu berapa kali dia keluar sebab nak merokok. Hahaha

Dipendekkan cerita. sebab tertidur. Tak makan Kfc pun

Tersedar dah sampai dirumah. Dan!
Malaysia tewas ketika itu. 0-1 hasil gol mudah melepasi kangkang keeper. …

Aku: nasib baik tak pergi kan bah. Dahla ramai orang. Kalah pulak tu.

Abah hanya tersenyum sambil menghembus-hembus asap rokoknya.

Cerita ni bukan pasal Malaysia Lawan Thailand pun pada keseluruhnnya. Cuma nak mengimbau antara ‘moments’ berharga aku dengan abah je.

Bila dengar je Malaysia vs Thailand. Terus moments ni terlintas dalam fikiran aku. Huhuhu. Sebab tu kalau ada perlawanan sukan berdekatan dengan rumah. Dan aku ada masa free. aku akan bawak anak aku sekali. Sebab aku nak bila dia besar nanti. Dia akan buat perkara yang sama pada anak dia nanti. Aku taknak dia termiss moments abah-anak ni. Huhuhu.

Alfatihah kepada Hj Mashud bin Hj Asik……

[Klik sini untuk Top Up dengan mudah]

SATU KEBURUKAN MENUTUP SERIBU KEBAIKAN

Saban hari, kita sering disaluti dan dilimpahi dengan pelbagai jenis fitnah. Terutamanya di dalam alam siber yang penuh moden harini.

Fitnah berleluasa, keburukan bertaburan dan disebarkan seperti asap-asap yang bergentayangan dilebuh raya. Dimanakah silapnya masyarakat kita ini? Mengapakah sikap saling bermaafan dan berprasangka baik telah dilupuskan dalam hati kita semua? Haaa. Jawab!

Dapatkan Sekarang klik disini

Salah satunya yang terjadi adalah kerana kita sering dimomokkan oleh kata-kata hasutan masyarakat sekeliling. Lihat saja ada khabar angin. Terus masuk dan menyelam ke konklusinya tanpa memikirkan secara dalam dan waras.

SATU KEBURUKAN MENUTUP SERIBU KEBAIKAN“,

Kalimah ini jelas menunjukkan apa yang kita semua sebagai manusia normal pikirkan. Walau macam mana pernah sekalipun individu tersebut berbuat baik, sekali beliau melakukan kesalahan. Automatis segala kebaikan beliau terpadam. Setuju?

Tidak! Sebenarnya kita si penilai sendiri yang silap! Sebaliknya kita perlu menterbalikkan kalimat tersebut. Kita perlu ubah! “BERAPA BANYAK KEBURUKAN YANG BELIAU LAKUKAN, KITA INGATLAH KEBAIKAN BELIAU”.

Sebagai contoh, jiran kita sering kali tak puas hati dan mengumpat kita mengutuk tindakan kita. Kita pula dengar perbuatan tersebut melalui jiran lainnya(Sebarkan kutukan). Sebagai individu yang baik, kita ada 2 cara untuk mengatasinya, satu dengan berhadapan sendiri dengan jiran tersebut ataupun mengendahkannya dan mencari semula apa kebaikan yang beliau pernah lakukan kepada kita untuk menutup keburukan yang beliau lakukan.

Ingatlah kita didunia ini berkongsi dan sementara sahaja. Perlukah kita habiskan masa kita dengan bergaduh dan bermasam muka? Penulis sendiri bukanlah orang yang baik. Dan ketika saat mula menulis “karangan” ini. Penulis berazam untuk memperbaiki diri dana cuba untuk berbuat baik kepada semua orang. Hahaha.

Ayuh kita berbuat baik sesama insan!

[Cara mudah nak Top up klik di sini]

Klik untuk Promosi

Baca juga :

Permata Dari Bumi Senegal.

Sadio Mane atau nama panggilan dikampungnya dan nama manjanya “Said” lahir di Sedhiou, Senegal pada 10 April 1992, tak sangka penulis sendiri lagi tua dari beliau. Mane dan keluarganya tinggal disebuah kampung bernama Bambali di selatan Senagal. Oleh kerana kedaifan keluarga mereka Mane berkongsi tempat tinggal bersama ibu bapanya, pak ciknya dan juga 10 orang adik beradiknya dalam sebuah rumah.

Lahir dari keluarga yang bukanlah begitu senang, di Senegal sangat-sangat susah ketika itu, cuma bapanya seorang yang perpengaruh dikampungnya. Bapanya seorang imam di kampungnya dan antara orang yang menjadi rujukan penduduk kampung berkenaan hal agama islam.

Grab Promotion ini!

Ya, kampung yang diduduki oleh Mane merupakan penempatan orang muslim. Di Bambali, populasi penduduknya sejumlah 24, 213 orang sahaja iaitu 5% daripada jumlah penduduk di Liverpool. Tanpa pekerjaan yang betul, mereka sangat sukar untuk mendapatkan wang dan membeli barangan keperluan sehinggakan Mane pernah menyebutnya dalam sebuah temu ramah.

“Keluarga saya terlalu susah dan tidak memiliki wang sehinggakan kami, adik beradik tidak bersekolah, ayah tidak mampu menghantar kami ke sekolah kerana kekangan kewangan. Aktiviti kami setiap hari adalah, bermain, seperti saya, saya bermain bola dari pagi sehingga ke petang, sebelum menunaikan tanggung jawab agama pada sebelah malamnya”

Keadaan sukar ini membuatkan Mane lebih focus dengan permainan bola, tambahan pula ketika beliau berusia 10, ketika itu Piala Dunia 2002 di Korea dan Jepun. Senegal beraksi cemerlang ketika itu, membuatkan ramai rakyat Senegal mula percaya bahawa bola sepaklah harapan mereka untuk keluar dari kemiskinan. Sadio Mane termasuk dalam golongan rakyat yang percaya akan bola sepak mampu merubah mereka.

Tapi, tidak bagi bapa Mane, beliau tidak setuju untuk membenarkan Mane pergi ke bandar untuk mencuba masuk ke kelab bola sepak. Bapa Mane beranggapan bahawa mencari redha ilahi dan mendalami ilmu agama lebih penting dari mengejar dunia yang sementara ini.

“Abah tak suka kau pergi bermain bola, abah lebih suka kau belajar mengaji, belajar ilmu agama dan nanti bila abah dah takda kelak, bolehlah kau gantikan abah menjadi imam dikampung kita ini”,(mungkin macam nil ah dialog bapa Mane ketika itu)

Sebagai anak muda yang bertekad dan sedikit degil, Mane enggan menerima nasihat bapanya itu dengan hati terbuka, sambil dilihat oleh ibu dan pak ciknya, Mane terus keluar dari rumah membawa bola dan sambung bermain bola.

Pada suatu hari, ketika Mane berumur 15 tahun, Mane memberitahu pak ciknya bahawa beliau bertekad untuk pergi ke bandar(Dakar), hari itu juga, dan beliau meminta pak ciknya mencarikan dana untuk beliau pergi ke Dakar. Dengan membuat muka tebal, pak ciknya meminta bantuan kewangan dari penduduk kampung. Kebetulan pula, orang kampung melihat potensi yang ada pada Mane dan sanggup menyumbangkan walaupun sedikit wang yang mereka ada untuk perjalanan Mane ke Dakar.

Sesampainya di Dakar, Mane mendaftarkan diri disatu kelab bola sepak di Dakar, ramai pemain mencuba nasib di kelab itu dan Mane terasa sedikit gementar ketika itu. Satu daripada pemerhati pemain datang kepadanya.

“ Pemerhati(P) : oii budak, mai sini. Kau datang nak trial jugak ke?(sambal melihat atas bawah pakaian Mane)

Mane(M) : Ye pak cik! Ini je kasut dan seluar dan pakaian yang saya ada.

P: kot iye pun pakai kasut bola, tu kasut apa tu? Seluar ke boxer tu?

M : saya datang sini pun minta derma pak cik mana lah ada duit nak beli kasut bola dengan seluar baru.

P: dah kau masuk padang sekarang(sambal tersengih-sengih mengejek)

Tak lama kemudian, pemerhati tadi terus memanggil semula Mane dan terus menerimanya masuk ke kelab itu tanpa berfikir Panjang. Sebab apa ye agaknya? Sebab kelincahan Mane mengawal bola dan “selamber” je beliau mengelecek pemain yang lebih besar daripadanya.

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Siapa yang tahu ye dak”. 131 gol dalam 90 penampilan bersama kelab tersebut membuatkan Mane terpilih dalam program khas yang dipanggil “Generation Foot”. Dalam program ini, pemain yang terpilih akan diterbangkan ke Perancis untuk diserapkan dalam pasukan yang telah di tetapkan. Generation Foot ini sebenarnya seperti kelab elit di Senegal yang bekerjasama dengan kelab-kelab dari eropah untuk menyalurkan bakat-bakat baru kepada mereka.

[Cara mudah Top Up klik SINI]

Mane diterima masuk ke kelab professional pertama beliau, iaitu Metz, menyumbangkan 2 gol sahaja dalam 22 penampilan bersama kelab tersebut. Aikkkkk tak power ke beliau kat Metz? Bukan macamtu, Mane terus dilamar oleh kelab dari Austria, Red Bull Salzburg(RB Salzburg).

Ada kisah yang menarik sebelum Mane datang ke Perancis sebenarnya. Tahukah anda, punyalah takut Mane ni, beliau takut keluarga tak benarkan beliau ke Perancis, beliau kata ada rombongan ke luar negeri. Tapi akhirnya beliau jujur kerana risau tak berkat perjalanan beliau ke Perancis tu.

Sampai je kat Perancis terus beliau menghubungi mak beliau,

“Sadio(S) : Mak abang kat Perancis ni.

“ Mak(M) : haaa, yela, hati-hatilah nak, eh, apa Perancis?

M:Perancis? Kat Senegal ada ke kota nama Perancis ye? Belah mana tu?

S : Mak, ni Perancis, Perancis, negara bola sepak yang Senegal kalahkan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2002 tu.

M : Ya Allah anak, kau ni suka tau buat kejutan macam ni, buat apa kau kat sana jauh tu.

S : saya dapat main bola kat sini mak, doakan saya, bolehlah nanti saya bawak mak pergi melancong.

Selepas itu, perjalanan karier bola sepak Mane lebih lancar dan meningkat naik, mungkin inilah yang dikatakan berkat doa ibu bapa, selepas bermain untuk RB Salzburg dan menyumbangkan 31 gol dalam 63 penampilan, Mane mendapat tawaran untuk bermain dalam Liga Perdana Inggeris(PL) ianya adalah bagai mimpi jadi kenyataan buatnya bak kata orang putih “its like dream come true”.

Sejak kecil lagi, sudah menjadi impiannya untuk bermain dalam saingan PL, salah satu sebabnya adalah, di Senegal hanya menayangkan PL sahaja, jadi dengan beliau menyertai kelab dari PL, jadi keluarganya dan orang kampungnya dapat melihat beliau beraksi.

Southampton merupakan destinasi terakhir Mane sebelum beliau mencipta nama dan reputasi di Liverpool. Dengan hanya 67 penampilan beliau berjaya menjaringkan 21 gol termasuk memecahkan rekod Robbie Fowler untuk “hattrick” terpantas dalam saingan PL.

Rekod dia kat Liverpool? Kita tak payah ulas lagi, penat penulis nak taip, banyak sangat. Kita ambik yang terbaru jela, Juara Liga Juara-Juara Eropah(UCL) dan juga pemenang bersama kasut emas PL pada musim yang lalu ini. Untuk musim baru ini? Kita harapkan Mane dapat membantu Liverpool menang PL pulak ye. Insyaallah, Aminnn. Goodluck our no.10 Sadio Mane!

Belum baca pasal kisah Firmino? baca di sini Penyerang Palsu.

Baca juga artikel ini:

SK vs SJK(C)

“Eeeeeiii, takpa ke masukkan anak kat sekolah cina, nanti dia makan b@b! macam mana?”

“Nanti tak tahu solatlah anak kau kalau masukkan sekolah cina”

“Eloklah. Nanti lama-lama sokong DAP. Dah tak reti nak cakap melayu”

Ini antara komen dan cemuhan yang dilemparkan oleh segelintir masyarakat apabila terlihat atau ternampak ada parents melayu yang menghantar anaknya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC).

Lebih komen negatif berbanding yang positif. Mengapakah ianya terjadi? Adakah berdosa jika kita mahukan pendidikan yang lain dan lebih untuk anak kita? Ataupun masyarakat kita terlalu prejudis dan rasis terhadap kaum cina?.

Penulis kini dalam tahun ke-3 menghantar anak sulung ke SJKC. Dua tahun awalnya hanya pada peringkat pra sekolah(Tadika) dan tahun ini pertama kalinya dalam darjah 1.

Pada mulanya, agak sedikit risau, gusar dan ragu-ragu. Mampukah anak ini “survive” suasana persekolahan SJKC ini. Dan ditambah pula dengan omongan-omongan masyarakat sekeliling menambah lagi kekalutan didalam pikiran penulis. Tapi, Allah maha mengetahui apa yang kita tidak tahu.

Penulis mengambil pendekatan, “aku akan abaikan segala benda negatif dan melihat segala sisi positif dari SJKC ini. Alhamdulillah, hari pertama orientasi dah menampakkan tanda positif.

Walaupun hampir 85% muridnya adalah berbangsa cina, namun dalam orientasi yang dijalankan, Cikgu sedaya upaya untuk memberikan penerangan dalam dwibahasa(Bahasa Mandarin dan Melayu). Anda rasa kalau Sekolah Kebangsaan(SK) akan ada tak penerangan dalam bahasa lain? Huhuhu.

Dengan fasiliti sekolah yang serba lengkap dan canggih, bilik darjah tanpa sebarang meja dan kerusi rosak. Dan juga parents yang kaya sanggup menderma sejumlah wang yang banyak demi memberikan keselesaan kepada para murid. Walaupun tanpa yuran khas yang diminta oleh pihak sekolah.

Dari segi akademik, mereka sangat tegas dan mahukan murid-murid cepat belajar dan kurang bermain. Bab ini penulis berasa sedikit kecewa. Hahahaha. Sebab penulis suka bermain dan bersukan. SJKC kebanyakkannya tidak memfokuskan sukan. Ada juga yang fokus dan menitik beratkan sukan. Tapi lebih kepada usaha parents sendiri. Contohnya mereka akan menghantar anak ke seolah sukan atau latihan sukan tambahan diluar waktu sekolah.

Sebenarnya panjang lagi yang boleh penulis ceritakan dari sudut positif untuk SJKC ini. Tapi kalau cerita semua kang. Panjang sangat, siapa nak baca hahahaha.

Terakhir sekali, penulis kagum dengan sistem mereka dalam mengendalikan penghantaran dan pengambilan para murid. Sistematik. Kemas. Lancar. Tidak menyusahkan dan paling utama tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas yang kritikal.

Di kawasan rumah penulis sangat dekat dengan SK dan penulis dapatlah membezakan kedua-dua sistem dan keadaan trafik ketika waktu mengambil dan menghantar murid ke sekolah. Di SK, ya kita paham segelintir parents mahu cepat dan terburu-buru, tapi, anda seorang sahaja ke yang mahu cepat? Semua orang pun benci kelambatan tapi mereka tak sedar apabila mereka kurang kesabaran otomatis mereka boleh mencipta kelambatan.

Di SJKC ada AJK yang ditugaskan untuk menjaga trafik, menjaga murid keluar masuk dan juga Guard yang membantu juga dalam melepaskan pelajar secara berperingkat. Kalian semua mesti pernah beli makanan melalui “drive thru” kan? Lebih kurang macam itulah sistemnya. Parents sampai dan anak akan benarkan keluar. Tapi tak lambat. Memang smooth orang putih cakap.

Walaubagaimanapun, dengan semua kebaikan ini, tidak bermakna SJKC lebih baik dari SK. Setiap apa yang terjadi dan dibuat didunia ini ada kebaikan masing-masing. Tujuan utama penulis menulis berkaitan SJKC ini adalah untuk memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa SJKC tidaklah seburuk yang kalian sangkakan.

Ingat kita hidup didunia ini berkongsi tak kira bangsa, agama dan warna kulit. Jadi sentiasa berbuat baiklah sesama insan.

LAGU UNTUK ORANG SINGLE

Semua orang pernah bercinta kan? Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka. Sekurang-kurangnya, ada juga yang berkali-kali bercinta tapi tak juga berjaya sampai ke jinjang pelamin, bak kata orang dulu-dulu “putus ditengah jalan”.

Begitu juga dengan penulis, pernah bercinta sekali sahaja dan akhirnya bernikah dengan orang yang sama(tolong percaya).

Klik Gambar untuk dapatkan promosi

Jadi untuk entri kali ini, penulis ingin berkongsi lagu-lagu kegemaran penulis sewaktu sedih ketika bercinta dulu(yela dulu gemok takda orang nak dahtu asik kena tinggal je).

Lagu-lagu ini sesuai didengari oleh rakan-rakan sekalian yang tengah “single” atau sedang dikecewakan oleh pasangan dan juga yang sedang mengorat pasangan. Cuba dengar lagu ni insyaallah boleh tenang sikit selain kita berdoa dan solat. Hahaha.

Sebenarnya banyak lagu yang selalu penulis dengar dulu-dulu yela dulu mana ada canggih macam sekarang, nak dengar pun kena tunggu kat radio, sekarang nak dengar je Youtube la, JOOX la dan macam-macam platform lagi.

Jadi buat permulaan penulis senaraikan 5 lagu yang penulis suka dengar sewaktu sedang “koyak” dulu. Sekarang ok dah. Hahaha. Ayuhhhh Mulakan!

5) Kejora Ku Bersatu – Search

“Dirimu persis bintang terbit dari langi”

Bait atau rangkap pertama lagu ni mengambarkan yang dia sedang memuji orang yang dia suka bak bidadari. Tapi mana ada manusia macam bidadari kan? Semua manusia sama je, ada kecantikan dan juga keburukan masing-masing. Hahaha. Ayat ni penyedap hati je. Nak kabo yang pasangan dia lawa la.

Tapi sekeluruhan lagu ni lebih kepada nak bagitahu, kalau tanpa pasangan tu kita bukan siapa. Kira macam nak merayu dan memujuk la kiranya.

“Lilin diri, takkan padam, seandainya engkau adalah sumbunya”.

Haaaa. Kalau korang nak try pasangan tapi ayat kurang power. Boleh dengar lagu ni.

4) Jodoh Pasti Bertemu – Afgan

Lagu ni pula, keseluruhan dia macam pasrah, ada jodoh adalah. Jadi siapa yang rasa dah give up dan rasa down, elok layan lagu ni.

Dengan suara power Afgan ni membuatkan korang rasa tenang dan lupakan sejenak kisah cinta korang yang sedih tu.

Lepastu ada juga bait-bait lirik yang power dalam lagu ni, untuk korang tujukan kat pasangan korang. Contohnya :

“Andai engkau tahuuuuu, betapa ku mencintaaaa, selalu menjadikan muuuuu, isi dalam doa ku”.

Bait ni kira macam kau nak bagitau la, walaupun kau tak tahu, aku selalu doakan kau kot. Hahhaha. Paham? Layan jangan tak layan.

3) Munajat Cinta – The Rock

Lagu ni favourite penulis kalau tengah sunyi, sebab dia macam tengah berdoa tapi dalam bentuk nyanyi.

“Tuhan kirimkan lah aku, kekasih yang baik hati, yang mencintai aku, apa adanya”

Yang dah lama single tu, nyanyi la lagu ni dengan kerap, sambil tengah sendu tu sambil berdoa.

Penulis lirik ni dikira genius dalam membuat lagu dan pula, lagu dia kalau korang mendalami lirik dia macam ada double meaning.

Kalau tengah sedih, lagu dia macam buat korang chill, kalau korang tengah happy lagu tu buat korang bertambah happy. Haaa. Korang layan la sendiri.

2) Sofea Jane – Black

Haaa, lagu ni pulak, untuk yang macam tak confident nak tackle awek. Tapi dia dok ushaaa je dari jauh.

Nak tackle takut kena reject, tak tackle takut kena sailang. Hahaha. Lagu ni menceritakan betapa betapa dia suka awek ni dan awek ni pun special.

“Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca, yang tak dapat disentuh namun hanya boleh dipandang, ingin sekali ku sentuh, ingin juga ku, miliki”

Dengan suara Black yang membawakan lagu ni dengan padu, confirm membuatkan korang rasa nak terus tackle awek yang korang nak tu. Hahaah.

1) Menanti Sebuah Jawaban – Padi

Lagu favourite sepanjang zaman penulis, berapa kali tukar handphone pun lagu pertamA wajib ada ni dalam handphone.

Lagu ni pun sama macam lagu-lagu diatas, tengah tunggu awek bagi kata putus.

“Menanti sebuah jawaban, tuk memilikimu”

Lagu ni korang layan bila korang hampir putus asa, tapi belum completely putus asa. Sebelum putus asa tu, kira macam percubaan terakhir sebelum korang putus asalah.

Sebab kalau ikutkan lagu ni, awek dia tu macam tak suka kat dia, tak boleh paksa awek tu suka kat dia. Tapi biasalah dah suka kan. Nak jugak la memililki.

“Aku tak bisa luluhkan hatimu, dan aku tak bisa, menyentuh cintamu”.

Fuhhhhh. Dengan suara vokalis Padi yang serak-serak dan padu tu, menangis beb dengar. Try layan lagu ni please.

Senarai 5 lagu ni yang penulis selalu dengar dan selalu ada kat playlist penulis. Wajib ada eh. Korang pulak macam mana? Ada list tak?

[Cara mudah untuk Top Up. Klik Di Sini]

Promosi Smartphone

Baca juga Artikel ini :

Apa Baiknya Tah Selawat ni.

AMALAN BERSELAWAT.

Pada hari Jumaat yang mulia ini, penulis nak bangkitkan satu pelajaran yang arwah abah penulus selalu sebut dan suruh semasa hayatnya masih ada.

“Menn, malam jumaat/hari jumaat ni kalau boleh setiap kali kita berselawat. Setidak-tidaknya 1000x satu hari satu malam”

Pesan arwah abah dari kecik sampai ke besar sampailah dah kawen dan ada anak. Tapi… biasalah kita tak pernah pun ikut secara istiqomah. Kalau ada pun just berselawat setakat dimulut je.

Tapi lepas ketiadaan beliau, dengan satu peringatan kecil daripada seorang abang pada malam pertama pemergian abah, buat hati penulis terdetik untuk amalkan saranan abah ini.

Ada hikmahnya kita amalkan saranan abah ini selepas kematian beliau. Sekurang-kurangnya dapat bantu beliau di”sana”. Yela, bila matinya anak adam ni. Hanya 3 perkara yang boleh “top up” amalan beliau di “sana”. Satu, ibadahnya semasa hidup. Dua, doa anak-anak dan terakhir sedekah atau amalan yang diberikannya semasa hidup yang masih digunakan dan bermanfaat kepada orang lain. Dalam kes ini amalan yang diturunkan kepada penulis dan penulis sedang buat ni jatuh ke nombor tiga la.

Selawat. Apa yang hebatnya pasal selawat ni? Kalau nak ceritakan apa perubahan yang kita dapat lepas berselawat ni takut jatuh ke kategori lain pulak. Intinya harini kita nak kongsi apa kebaikan berselawat dan caranya.

Masa malam pertama arwah abah meninggal, penulis dapat satu mesej yang lain daripada kebiasaan mesej bagi seorang anak yang kehilangan orang tuanya.

“Bos, abah kau meninggal ni, kau jangan Al Fatihahkan dia”. Penulis dah pelik dah. Dalam hati kecilku “Gila agaknya abang ni”, hampir je penulis padam mesej tu. Tapi kita jenis yang kalau dah start baca kena habiskan. Sambung abang ni lagi, ” kau banyakkan je hadiahkan selawat tu kat Abah kau, insyallah dia akan ok kat “sana”.

Start dari tu, terflash back memori masa abah suruh penulis amalkan selawat ni. Penulis mula “hadiahkan” selawat kepada abah setiap lepas solat dan jugak time free. Serius kata, mulanya rasa susah, kalian tak boleh fokus, dan kalian rasa kalian hanya hembus je bacaan tu dan letih tanpa ada sebarang kebaikan.

Rupanya penulis salah, ada caranya untuk bagi kaluan berhubung dengan selawat tu. Bukan main sebut je. Kalian kena kosongkan fikiran lapangkan hati dan otak kalian dan bagi selawat tu masuk dalam jiwa kalian. Hahaha. Susahkan nak paham tang ni. Paling mudah, mulakan dengan tahiyat dalam solat.

Bila masuk tahiyat, dalam tahiyat tu ada selawat kan? Try kalian tenangkan diri dan fokus baca tahiyat tu sambil kalian tak fikir apa-apa. Biarkan selawat tu meresap dalam otak dan badan kalian sendiri.

Lepas dah dapat “rasa” kehangatan selawat ni. Kalian akan mudah untuk berselawat. Percayalah kalian akan dapat merasakan perubahan selepas mengamalkan berselawat ni. Kalau susah sangat, start dari setiap jumaat dulu. Orang tua-tua cakap, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Ada banyak masalah dan bende dapat diselesaikan dengan selawat ni itupun dengan izin Allah. Tapi penulis nak kongsi kebaikan selawat yang bagi penulis kalian semua boleh cuba dan mudah je. Nak rasa kebaikan lain korang kena amalkan sendiri lah.

Sebelum tidur, atau kalian rasa mengantuk sangat, cuba baca selawat sampai tertidur. Penulis selalu buat bila mengantuk kat tempat kerja. Hahaha. Tidur 5 minit rasa macam korang dah tidur 5 jam.

Sama-sama kita berkongsi ilmu untuk sama-sama kita berubah kepada kebaikan. Penulis juga seorang insan biasa, seorang anak dan seorang bapa yang belum sempurna atau baik. Cuma jika ada kebaikan dari pihak penulis ini semuanya daripada Allah untuk memberi peringatan kepada kita semua. Salam.

https://jualanpro.net/go/idevaffiliate.php?id=2075

Penyerang Palsu

Roberto Firmino. Atau nama sebenarnya Roberto Firmino Barbosa de Oliveira. Lahir pada 2 oktober 1991. Di sebuah bandar yang dikenali sebagai Maceio di Brazil. Bandar yang indah di negeri Alagoas,Brazil.

Beliau dilahirkan oleh pasangan Jose Roberto Cordeiro(bapa) bersama dengan Mariana Cicera Barbosa de Oliveira(ibu).

Dilahirkan dari keluarga yang susah dan persekitaran tempat tinggal mereka juga tidaklah begitu baik. Sehinggakan ibu Firmino melarang beliau bermain diluar kawasan rumah. Kerana risaukan anaknya akan terjebak dan terjerumus dengan geng kongsi gelap dan kegiatan dadah.

“Kawasan rumah kami terlalu bahaya untuk budak kecil. Tidak sesuai untuk kanak-kanak bermain diluar. Dikejiranan kami sangat merbahaya. Saya hanya benarkan beliau keluar jika ditemani bapanya sahaja”

Mariana Cicera Barbosa de Oliveira -Ibu Firmino-

Firmino yang mempunyai bakat dan fizikal yang luar biasa bagi kanak-kanak sebayanya. Beliau tidak mahu duduk diam dan terperap didalam rumah sahaja.

“Aku lelaki. Dah macam anak dara pulak duk mereput kat rumah ni” (mungkin inilah ayat yang bermain dalam kepala Beliau ketika itu).

Roberto Firmino.

Beliau akan cuba menyelinap keluar ketika ibunya sedang tidur pada awal pagi(kalau waktu malaysia ni kira macam waktu lepas subuhlah).

Beliau akan menyelinap secara perlahan melalui pintu dapur dan akan cuba berlatih di kawasan lapang kejiranan mereka.

Namun atas dasar sayangkan anak dan ingin melihat anak berjaya serta membawa keluarga mereka keluar dari kemiskinan. Akhirnya ibu Firmino mengalah, ibunya membenarkan beliau berlatih dan bermain bola di kejiranan mereka. Pujian dan terima kasih juga harus diberikan kepada jiran mereka yang memberikan jaminan bahawa mereka akan sama-sama menjaga keselamatan Firmino.

“Berilah Firmino kebebasan untuk bermain bola, dia mempunyai bakat luar biasa tu, jangan sia-siakanya, kami akan sama-sama memerhatikannya” ujar salah seorang daripada jiran Firmino.

Akhirnya, pada umur 14 tahun Firmino diterima masuk ke dalam pasukan ‘Maceio’s Club De Regatas Brasil’ atau dikenali sebagai CRB. CRB merupakan kelab tempatan yang di terajui oleh Luiz.

Menurut Luiz :

“Keluarga Firmino sangat miskin. Pertama kali dia menjejakkan kami ke kem latihan. Firmino hanya berkaki ayam tanpa kasut. Selain itu, keluarga Firmino terpaksa berhutang dengan jirannya untuk membawa Firmino datang berlatih di bandar”.

Bapanya hanya seorang peniaga air dan hanya menjual air ketika jika terdapat festival atau keramaiam di pantai. (Terdapat banyak pantai yang menarik di Maceio).

Luiz la yang membayar segala keperluan Firmino ketika itu. Kerana Luiz melihat bakat yang ada pada Firmino.

“Beliau tinggi dan mempunyai kaki yang pantas. Namun kelihatan seperti anak jalanan. Tapi saya rasa. Beliau tak terlibat dengan salah guna dadah atau kongsi gelap. Saya yakin itu.” Tambah Luiz lagi.

“Sekali beliau melangkah di atas padang, pada masa itu, saya tahu dia bakal menjadi pemain yang bertaraf dunia. Selain itu, Firmino juga pernah berkata kepada saya, suatu hari nanti beliau ingin menjadi pemain Brazil dan impiannya kini akhirnya tercapai” tambah Luiz lagi.

Selepas itu. Firmino mendapat peluang beliau diberikan ‘trial’ ke pasukan yang lebih elit dan ternama iaitu Sao Paolo.

Keluarganya sangat gembira akan berita tersebut dan Firmino berjanji akan mengubah nasib keluarga mereka.

Bagi Remaja yang berusia 15 tahun ketika itu, amat sukar bagi beliau untuk menyesuaikan diri, sudahlah terpaksa berjauhan dengan keluarga dan juga tanpa wang yang secukupnya pula, tak mengapa Firmino bertekad dan menanam hasrat untuk mengubah nasib keluarganya.

Kira-kira 1000 batu jauhnya daripada rumah Firmino berkelana untuk menghadiri percubaan(trial) yang diminta oleh kelab Sao Paolo tersebut.

Trialnya di Sao Paolo tidak berlangsung dengan begitu baik, beliau menangis dan menghubungi ibunya, untuk menyuruh ibunya membawanya pulang.

Ibunya yang sangat sedih ketika itu, bertambah sedih apabila tidak dapat membawa Firmino pulang oleh kerana mereka tidak mempunyai wang.

Akan tetapi, bak kata pepatah Melayu, “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Siapa yang tahu”

Firmino berjumpa dengan seorang doktor gigi bernama Dr Marcellus Portella. Doktor tersebut yang terpikat dengan permainan Firmino, telah membawa Firmino untuk mendapatkan satu lagi Trial. Kali ini bersama pasukan Figurense.

Hari pertama bersama pasukan tersebut, Firmino berjaya menjaringkan 2 gol. Bukan 2 gol biasa tahu tak, Lipat! Tahu? “Bicyle kick”!

Dan beliau sedar dan tahu bahawa beliau akan bermain di sana apabila beliau dipanggil untuk bermain pada hari kedua. Pada ketika itu beliau bermain hanya sebagai Defensive Midfielder sahaja oleh kerana “berlambaknya” bakat pemain serangan yang Brazil miliki.

Walapun diletakkan bukan pada posisi kegemarannya, beliau bermain dengan sepenuh hati. Apabila dipanggil untuk bermain,anak muda sentiasa mengharapkan keajaiban betul tak? Itulah yang Firmino dapat. Kejaiban!

Setelah setahun bermain bersama Figueirense 2009-2010 dan membuat 38 penampilan dan menyumbangkan 8 gol, beliau berjaya! Terpilih!

Scout Dari Jerman woii! Datang merisik dengan angkuhnya anak muda berusia 16 tahun tersebut membuat kenyataan.

“Keluarga ku tak perlu bekerja lagi!”.

Atas faktor Sayang dan ikatan kekeluargaan yang kuat dan juga takut “homesick” Firmino membawa kesemua ahli keluarganya berhijrah ke Jerman.

Hoffenheim! Ya kelab yang menaikkan lagi ‘market’ beliau. Dari negera panas dan mempunyai pantai yang indah beliau berhijrah ke negara dan negeri yang agak bersalji.

Namun beliau mengambil masa sehingga 3 musim untuk betul-betul menguasai Bundesliga. Musim ke3 yang begitu cemerlang sekali telah menggoncang iman kelab-kelab eropah yang lain untuk mendapatkan khidmat beliau.

Firmino mula mengikat Kontrak mulai December 2010 sehingga Jun 2015 bersama Hoffenheim. Hanya selepas 3 bulan menyertai mereka, beliau langsung diberikan peluang untuk membuat penampilan sulongnya bersama pasukan tersebut. Pengurus yang bertanggung jawab memberikan penghargaan kepada Firmino ketika itu adalah Ernst Tanner.

Firmino tidak menoleh kebelakang lagi, beliau lantas mendapatkan gol pertamannya pada bulan April dan seterusnya membuat 140 penampilan bersama Hoffenheim dan menjaringkan 38 gol. Impressive.

Firmino bersama Gabriel Jesus meraikan gol ketika menyarung jersey pasuka Brazil

Selepas itu, bermulalah kerjaya antarabangnya bersama skuad samba, Brazil. Beliau mendapat panggilan kebangsaan untuk Skuad Dunga untuk beraksi di Copa Amerika yang berlangsung di Chile.

Skuad Brazil yang dimalukan pada edisi Piala Dunia 2014 dilaman sendiri tersebut ngin membuat rombakan dalam skuad mereka. Firmino antara individu yang dipilih dan bermain sebagai “false 9” untuk pasukan Brazil.

Sehingga Ian Ayre, Pengurus Pembelian Liverpool ketik itu, terbang terus ke Santiago,Chile untuk mematerai perjanjian dengan Firmino untuk menyertai membawanya ke Liverpool.

23 Jun merupakan tarikh keramat tersebut buat Firmino. Ia merupakan tarikh dimana Firmino disahkan menjadi pemain Liverpool dengan nilai mencecah sehingga 29 juta pound. Dan Liverpool melengkapkan perjanjian tersebut sepenuhnya pada 4 Julai. Firmino diberikan Nombor 11 pada mulanya, dan kemasukan Mo. Salah membuatkan Firmino terpaksa menukar nombor jerseynya kepada 9.

Untuk Liverpool. Firmino melakukan debut pertamanya pada perlawanan pra musim menentang Swindon Town pada 2 ogos 2015.

Membuat penampilan pertama Liga ketika Menentang Stoke City menggantikan Jordan Ibe pada minit ke78 dibawah kendalian Brendan Rodgers.

Cara Mudah TOP UP! Klik sini

Tapi penampilan sebenar beliau ialah dibawah kendalian Jurgen Klopp. Dan beliau menjaringkan gol pertamannya buat Liverpool ketika menentang Manchester City dengan perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan keatas Liverpool 4-1. Selepas itu,bak kata orang putih “The Rest Are History” dimana Klopp terus menjadikan beliau sebagai penyerang atau lebih tepat berperanan sebagai “false 9”.

Ini adalah cerita ringkas tentang our No 9. Atau our False 9! Roberto Firmino! Antara pemain kesayangan penulis ketika ini dalam skuad Liverpool. huhuhuh. #YNWA

Belum baca pasal kisah hidup Sadio Mane? Baca di sini Permata Dari Bumi Senegal



Pertama

Setiap Permulaan Adalah Sebuah Pengakhiran

Be yourself; Everyone else is already taken.

— Oscar Wilde.

Ini merupakan “post” pertama penulis bagi blog yang baru penulis buat ini. Sebelum ini, penulis pernah membuat blog dan fokus utamanya adalah cerita seram, tapi dah lama sangat sampaikan lupa apa tah blog tu.

Jadi untuk Blog ini penulis akan membuat entri atau “post” berkenaan pelbagai jenis topik dan ianya adalah secara rawak. Kenapa secara rawak? Dengan perjalanan ke tempat kerja dan pulang ke rumah memakan masa lebih dari 2 jam, tiba-tiba ilham datang tentang sesuatu cerita lalu penulis akan lakarkan ilham tersebut dalam bentuk penulisan di blog ini.

Berkenaan dengan “Quotes” di atas ni, ianya takda kena mengena pun, cuma sebelum mengakhiri post pertama ini, penulis ingin berpesan, jangan cuba jadi orang lain, kerana kelahiran anda dan terciptanya anda di dunia ini ada keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

Carilah, galilah dan tunjukkan la keistimewaan tersebut.

Pengenalan

Merupakan seorang anak ke-5 daripada 5 orang adik beradik dan dibesarkan dalam keluarga yang serba cukup. Maksud cukup? Cukup dari segi makan, minum, ajaran agama islam(tapi biasalah manusia tak lari dari melakukan kesilapan) dan cukup kasih sayang mak, abah dan kakak-kakak.

Mempunyai minat terhadap sukan yang tinggi, jadi kebanyakkan entri dalam blog ini akan berkenaan sukan. Tapi jangan risau, cerita-cerita lain pun ada. huhuuh.

Seorang suami dan abah kepada 5 orang anak-anak yang comel. Jadi mungkin akan diselitkan juga tips rumah tangga, tips-tips berkenaan hubungan dan percintaan dan lain-lain lagi.

Sebab anda perlu “subscribe” blog ini? Subscribe dululah baru tahu. hahahhha.

Design a site like this with WordPress.com
Get started