Featured

Sejarah Pokok Lidah Jin

Selepas tempoh “Perintah Kawalan Pergerakan”(PKP) tamat tempoh hari, saya agak terkejut sebenarnya sewaktu keluar untuk menemani isteri mengambil stok untuk jualan tudung beliau.

Klik Gmbar untuk membeli tudung Viral ini

Kenapa terkejut? Penuh sesak dijalanan dan kedai-kedai bunga atau Nursery disekitar rumah kami dengan kereta. Setelah saya amati rupanya telah tular baru-baru ini yang menyatakan bahawa pokok Lidah Jin(dalam bahasa melayunya) mampu menjadi penapis udara dan menghilangkan habuk jika diletakkan didalam ruang tamu kita. Sejauh manakah kebenarannya? Saya ulas sedikit berkenaan “Pokok Lidah Jin” ini. Ayuh!

Pokok Lidah Jin atau nama inggerisnya Sansevieria ini merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies atau keluarga tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae yang semula jadi kepada negara tropika Zaman Dahulu. Terdapat juga nama lain bagi tumbuhan ini seperti Snake PlantSaint George’s swordMother-in-law’s tongue, dan Viper’s bowstring hemp. Mother-in-law’s tongue??? Hahaha, yela tumbuhan ni kan tajam jugak seperti kata-kata mak mertua korangggg. Opppppssss.

Nama saintifiknya pula ialah Dracaena trifasciata atau Sansevieria trifasciata. Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 cm hingga 3m tinggi, kebanyakannya membentuk kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan. Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas atau bercabang 40-90 cm panjang. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga. Jenis ini dinamakan berasaskan nama tuan putera San Severo, Raimondo di Sangro (1710-1771) di Italy. Ejaan ‘Sansveria’ dan ‘Sansviera’ biasanya dilihat juga, kekeliruan itu berasal daripada ejaan yang menyelang-nyelikan nama tempat Italy.

Secara ringkasnya la ni, sebab kalau nak terangkan satu-satu jenis keluarga untuk tumbuhan ini, sampai esok pun tak habis korang nak membaca. Tapi yang biasa terdapat di Negara kita ialah seperti gambar rajah dibawah ini.

Orait,itu sedikit pengenalan bagi tumbuhan ini. Cukup dengan pengenalan yang agak panjang tentang tumbuhan ini. Kita masuk kepada persoalan utama kita, dimana baru-baru ini tular dimedia social bahawa tumbuhan ini mampu menghilangkan habuk-habuk dan bertindak sebagai penapis udara. Sehinggakan melonjakkan harga pasaran tumbahan tersebut di Malaysia. Betul ke?

Jawapannya, ya, tumbuhan tersebut mampu, kajian ini dijalankan sendiri oleh NASA di angkasa lepas. Pada tahun 1989, NASA ada menjalankan satu kajian yang popular untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam ruang atau lebih tepat lagi bilik.

Pada ketika itu, Pokok Buluh Pam, Keladi China Evergreen dan Pokok Lidah Jin di bawa ke angkasa lepas dan telah terbukti dalam ruang yang sempit dan pengudaraan yang terbatas, tumbuhan tersebut mampu memperbaiki kualiti udara.

Adakah ia bermakna tumbuhan ini boleh bertindak sebagai penapis udara untuk kegunaan rumah?

Jawapannya TIDAK. Penemuan kajian tersebut hanya untuk ruang tertutup didalam kebuk udara makmal. Dalam ruang pejabat/ bilik bersaiz 3.1M x 3.1M x 2.4M anda memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk bertindak secara berkesan untuk menapis udara secara berkesan untuk kegunaan rumah!

Walaupun tumbuhan dalam rumah tidak berkesan sebagai penapis udara, ia sangat penting untuk mengurangkan stress. Persekitaran yang baik dan indah ia terbukti dapat meningkatkan mood yang positif dalam aktiviti seharian. Kerana menurut kajian warna hijau dapat meningkatkan mood dan mengurangkan tekanan perasaan atau stress.

Jadi pada yang dah beli tu jangan buang, mahal kot. Korang teruslah bela dan semai tumbuhan tersebut. Ibarat macam korang dah kawen berhabis ribuan ringgit dapat mertua yang menyakitkan hati? Nak buat macam mana,sabar jela. Hahahhahaha

 Jadi pada yang belum beli dan nakkan penapis udara? Sekarang coway ada buat promosi seperti gambar dibawah. Berminat korang klik je kat gambar tu eh.

Ape Cer Liverpool vs Arsenal?

Perlawanan tumpuan bagi minggu ke3 Premier League(PL) menemukan dua pasukan yang berada dikedudukan teratas PL dan menjadi 2 pasukan terakhir dengan kemenangan 100% dalam PL sebelum mereka berdua bertemu. Bahasa Inggerisnya mereka kata “Top of the league clash”.


Liverpool bermula dengan intensiti yang sangat tinggi, menekan Arsenal dari awal lagi dan sampai ke penjaga gol Arsenal pun mereka “tekan”.

klik gambar untuk tempahan.


Diatas kertas Liverpool turun dengan formasi 4-3-3 dengan Trio terhangat mereka Mane-Firmino-Salah kesemuanya dalam keadaan yang baik.

Tapi dalam permainan dan pada awal separuh masa pertama mereka tampak agresif dengan mengenakan formasi 3-4-3 dengan kedua-dua pertahanan sisi mereka naik keatas untuk menyerang dan membuatkan Fabinho bergabung dengan 2 pertahanan tengah bagi membentuk 3 pemain dipertahanan Liverpool ketika mereka dalam keadaan menyerang.

Bagi Arsenal pula, diatas kertas mereka bermula dengan 4-3-3 dengan Ceballos-Aubameyang-Pepe dalam senarai serangan. Tapi sejajar dengan kelangsungan perlawanan mereka pada dasarnya bermain dengan posisi 4-4-2 sejajar dimana Ceballos-Guendouzi-Xhaka-Willock cuba mengekang pemain serangan Liverpool berserta pemain pertahanan sisi Liverpool yang sangat agresif menyerang.

Sampaikan suatu ketika, Arsenal bertahan dengan formasi 5-3-2 dimana Guendouzi dan Willock terpaksa bertahan dikawasan sayap untuk mengekang Arnold dan Robertson.

Pelan Unai nampak jelas, Arsenal menyerap serangan Liverpool dan memaksa Liverpool bermain lebih tinggi dan membenarkan pemain pertahanan sisi mereka bermaharajalela dikawasan sayap Arsenal.

klik untuk tempahan



Lalu, melancarkan serangan pantas menggunakan kelajuan Aubameyang dan Pepe yang sering kali menyelinap diantara Matip-Fabinho-Van Dijk.

“Kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari” itulah pepatah yang tepat mengambarkan situasi Arsenal pada perlawanan itu.

Walaupun bertahan dengan baik dan melancarkan beberapa siri serangan yang membuatkan penyokong Liverpool tak sedap hati. Kegagalan Aubameyang(satu peluang), Pepe(3 peluang) dan gol daripada Matip membuatkan Unai dan Arsenal terpaksa bermain dengan “cara” yang lain selepas itu.

Perlawanan lebih terbuka pada separuh masa kedua oleh kerana Arsenal perlukan lebih banyak peluang dan pemain untuk menyerang kubu Liverpool.

Liverpool yang bernasib baik memperolehi sepakan penalti hasil kesilapan David Luiz semakin mudah dan selesa selepas itu.

Liverpool hanya perlu menyerap asakan Arsenal dan membuat serangan balas terhadap pertahanan rapuh Arsenal selepas itu. Hasilnya Liverpool mudah mendapatkan gol ke3 dan hampir-hampir menambah gol selepas itu namun berjaya dikekang Leno digawang Arsenal.

Klik untuk kerja kosong



Arsenal cuba mengembalikan keadaan dengan memasukkan Toreira dan Lacazette diakhir perlawanan dan berjaya mendapatkan 1 gol tapi ianya lebih kepada gol saguhati dan agak terlalu lambat sejujurnya.

Walaupun sudah membuat beberapa pembelian yang baik, Arsenal gagal mengekang Liverpool kali ini. Bak kata pengulas “New season, New Arsenal but same result” maksudnya musim baru, Arsenal yang baru tapi keputusan tetap sama.

Bagi penulis, Arsenal perlukan sedikit masa lagi untuk betul-betul menganas. Dengan Lacazette yang belum cergas sepenuhnya ditambah dengan Pepe yang belum dapat menyesuaikan diri lagi. Insyaallah mereka akan bertambah baik selepas ini.

Pepe baru 30 minit diturunkan dalam PL sebelum perlawanan menentang Liverpool ini. Mana nak dapat “tune” lagi, main pulak kat Anfield, Barcelona pun kena tibai gais! Okla Pepe dapat pecahkan rekod Van Dijk. Messi pun tak boleh tau.

Pasal yang kutuk Guendouzi tu? Dari pandangan mata penulis, Guendouzi seorang yang berani, tatkala pemain Arsenal lain takut untuk memegang bola dan melancarkan serangan, beliau lah yang pencetus dan penyambung bola daripada bahagian pertahanan ke bahagian tengah.

Ceballos pula agak sedikit gugup bila ditekan oleh pemain Liverpool sampaikan beliau membuat kesalahan dan hampir “membelanja” Mane gol.



Hard Luck untuk Unai! Next North London Derby.

Dan buat pasukan Liverpool pula, apa lagi yang nak penulis ulas eh, setakat 3 perlawanan ni Liverpool satu-satunya pasukan dalam PL yang menang kesemua 3 perlawanan dan mereka berada “di atas meja” bahasa omputehnya “Top of Table”.

Kesemua pemain berfungsi dan melakukan tanggung jawab masing-masing dengan baik. Kalau mereka sistem, mereka adalah sistem yang lengkap dan sukar untuk di “hack”. Teruskan Liverpool, penulis nak jugak Liverpool menghapuskan badi tidak pernah menang PL ni.

TIPS FANTASY PREMIER LEAGUE GW3

Haaaaaaa, disebabkan penulis ada main Fantasy Premier League(FPL) ni agak lama sejak dibangku sekolah lagi.

Tiba-tiba terpanggil untuk “saje-saje” dan “acah-acah” tahu ni nak memberi tips FPL pada minggu ke3 atau Gameweek(GW) 3 ini.


Minggu ini terdapat pertembungan Blokbuster! Top of the League Clash! Atau apa saja gelarannya iaitu pertembungan Arsenal menentang Liverpool.

Promotion Lazada Klik Gambar



Ramai tengah berkira-kira untuk menjual pemain Arsenal atau Liverpool ketika tahu pertembungan ini bakal terjadi. Tapi korang tenang dulu, penulis akan terangkan siapa yang patut ada dalam team korang dengan statistiknya sekali. Ayuh mulakan!



1)Penjaga Gol(GK)

Untuk penjaga gol dengan harga yang agak tinggi penulis menyarankan menggunakan GK Everton Jordan Pickford. Dengan 5 perlawanan selepas ini tidak begitu sukar kecuali pada GW ke 7 Everton bakal menentang Manchester City(City).

Pickford telah mengumpul 13 mata dari 2 GW Setakat ini dengan harga £5.6 mungkin sesuai untuk pasukan anda.

Untuk GK yang lebih murah, penulis sarankan GK Burnley iaitu Nick Pope. Dengan 7 GW seterusnya Burnley menghadapi pasukan yang tidak begitu ‘high profile’ Pope dijangka tiada masalah untuk memberikan anda mata.

Kecuali pada GW 4 Burnley bakal berhadapan dengan Liverpool selain itu tidaklah begitu sukar. Pope telah mengumpul 11 mata ketika ini dengan harga £4.5.

Pilihan lain anda boleh memilih GK City, Ederson tapi harga bapak mahal, hahahahha. £6.1 atau GK Totenham Hugo Lloris dengan harga £5.5.

klik gambar untuk tempahan



2)Pemain Pertahanan(DF)

DF seelokknya anda pilih yang akan selalu naik untuk membantu serangan(Overlapping). Contohnya ambil pertahanan sisi(FB) berbanding pertahanan tengah(CB).

Pilihan utama penulis ialah Kyle Walker, dengan GW yang bakal City lalui agak mudah dan Walker jugak suka memberikan sumbangan kearah gol. Jadi bolehlah cuba ya. Harga yang agak mahal bagi seorang DF dengan £6.0. Tapi dengan pasukan seperti City cleansheet bukanlah sesuatu yang sukar.

Untuk DF yang lebih murah, anda boleh memilih Seamus Coleman dari Everton. Dengan perlawanan seterusnya buat Everton tidak terlalu sukar dan beliau suka untuk melakukan bantuan gol. Harga £5.5 untuk beliau agak berbaloi.

Pilihan lain adalah Erik Pieters dari Burnley dengan harga £4.6 dan telah mengumpul 15 mata ketika ini dan Luke Shaw dari Manchester United dengan harga £5.5.

3)Pemain tengah(MF)

Pemain tengah ini banyak peranan dan jenis ketika ini, ada MF bertahan, ada MF menyerang. Jadi seseolaknya pilih pemain MF yang selalu menyerang.

Ketika ini pemain MF dari City dan Liverpool antara yang wajib ada dalam pasukan anda. Sterling/De Bruyne/Mo.Salah/Mane antara yang perlu anda ada. Tapi harga ya ampunn! Mahal.

Untuk yang lebih murah anda boleh memilih Martial dari Manchester United yang telah mengumpul 2 gol setakat ini.

2 pemain muda yang meningkat naik persembahanya seperti Mason Mount(£6.1) dan Dani Ceballos(£5.6) perlu anda pertimbangkan.

Selain itu pemain yang baru bermain dalam PL juga perlu anda pertimbangkan seperti Trossard(£6.0) dari Brighton, Cantwell(£4.6) dari Norwich dan Ndombele(£6.1) dari Tottenham.

klik untuk menempah jersey Liverpool



4)Penyerang(ST)


Roberto Firmino merupakan penyerang Liverpool yang gemar menjaringkan gol ketika menentang Arsenal. 8 gol dan 3 bantuan gol dalam 8 pertemuan dengan Arsenal mengambarkan betapa sukanya Firmino ketika berhadapan Arsenal ni.


Harry Kane antara penyerang elit yang perlu anda pertinbangkan ketika ini, dengan GW seterusnya untuk beliau agak mudah walaupun GW 4 akan bertemu Arsenal, akan tetapi rekod Kane menentang Arsenal agak menarik. 9 gol dalam 9 penampilan menentang Arsenal. Power tak? Hahah. Dengan GW 3 menentang Newcastle yang masih mencari rentak dengan pengurus baru ni. Peluang Kane untuk menyinar lebih cerah.


Dengan kegagalan Pogba menyempurnakan sepakan penalti minggu lalu, tugas sepakan penalti selepas ini mungkin menjadi hak mutlak Rashford. Rashford juga berjaya menyempurnakan penalti pada GW 1 dan mencipta bantuan gol pada GW 2. Jadi Rashford mungkin pilihan yang baik pada minggu ini.



5) Kapten.

Kapten pilihan penulis minggu ini adalah Harry Kane. Sesiapa yang ada Kane dalam pasukan mereka boleh la kalau nak letak beliau ni. Dah GW2 ketandusan gol, komfem GW3 dia bernafsu lawan pula pasukan yang tengah nak berjinak-jinak dengan pengurusan baru. Hhahaha.

Sekian sahaja dari penulis, ini adalah sekadar pandangan peribadi penulis sahaja. Kalau tak mengena jangan maki pulak eh. Hahahaha.

Kopi “Penambah Tenaga”

Klubna&Laleh : Kopi Tenaga dan Bantu Detox Badan

Klubna&Laleh adalah produk minuman kesihatan yang paling berkesan untuk memberikan kesihatan kepada tubuh badan.

Tidak seperti produk lain yang mengembar-gemburkan kononya mereka dapat membantu menguruskan badan. Sebaliknya Klubna & Laleh ini bukan sahaja dapat memberikan kita badan yang ideal malah membantu menyihatkan dan memberikan kita kesihatan yang ideal.


Klubna merupakan kopi yang memberikan tubuh badan kita tenaga dan disarankan untuk kita meminumnya pada awal pagi untuk membuatkan kita cergas dan bersemangat untuk kerja.


Sementara Laleh merupakan minuman jenis teh yang perlu diminum sebelum tidur untuk menyingkirkan toksik yang terkumpul dibadan kita selepas kita bangun dari tidur.

Dua produk ini adalah saling melengkapi seperti malam dan siang atau seperti isi dengan kuku. Apabila badan kita terasa letih, ketahuilah bahawa telah banyak toksik didalam badan dan sukar disingkirkan dengan kaedah pencernaan biasa.

Dengab gaya hidup kita yang tidak rajin bersenam dan kurang masa lapang, produk minuman kesihatan la jawapannya untuk memudahkan sistem pencernaan dan membersihkan badan kita dari bahan yang tidak sepatutnya.

Tugas Laleh ini adalah membersihkan dan melancarkan pembuangan manakala Klubna membantu memberikan tenaga selepas aktiviti pembuangan dan pembersihan tersebut. Sebab tu kita sebutkan tadi Klubna dan Laleh saling melengkapi.

Klubna dan Laleh berksan seawal 2 hari selepas meminumnya. Setelah toksik berjaya dikeluarkan dan ditambah dengan beberapa intipati yang bagus untuk badan kita, secara tidak langsung pengguna dapat membentuk dan memiliki badan yang ideal. Diperbuat 100% dari bahan semulajadi dan tanpa bahan merbahaya anda akan terasa kesannya seperti meningkatkan kadar Metabolisma tubuh yang fungsinya boleh membakar lemak.

Kopi Set Klubna & Laleh lebih efektif daripada pil-pil kerana ia tidak perlu melalui proses pencernaan yang kompleks dalam perut dan ia mampu memberi kesan serta merta dan ini memberi banyak manfaat seperti lebih tenaga. 


Disini kita pecahkan dan fokuskan lagi antara kelebihan KLUBNA GREEN COFFEE (SIANG) ini, antaranya:

1)Menahan selera makan

2) Menambahkan tenaga sepanjang hari

3) Mengenyangkan sepanjang hari

4)Membakar lemak dari dalam badan

5)Membuang air lebihan dalam badan

6)Melancarkan pembuangan air kecil

7) Melancarkan pengaliran darah

8) Melambatkan proses penuaan

9) Meningkatkan daya ketahanan tubuh

10) Membantu kesihatan otok,kulit&mata

11) Membantu merawat masalah kencing tidak lawas

12) Membantu turunkan tekanan darah tinggi

13) Membantu masalah period tidak teratur


Untuk LALEH (MALAM) pula:

1)Mengatasi masalah sembelit

2)Mengawal paras gula dalam darah

3)Menguruskan badan

4) Mengurangkan kolestrol

5)Menyegah sindrom iritasi usus

6) Mengurangkan rasa letih dan mengantuk

7) Memberi rasa selesa di perut

Sebenarnya banyak lagi nak cerita pasal Klubna & Laleh ni. Tapi kita tunggu next posting ya untuk apa pula kandungannya sehingga membuatkan Klubna & Laleh ni begitu power!.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan pembelian boleh hubungi No yang tertera:

Nombor wassap: 0197782902 ( wasap.my/+60197782902 )
Nombor call: 01110502902(Cikgu Za)

Apa Cer Liverpool vs Norwich?

Awal pagi tadi waktu Malaysia, telah berlangsungnya perlawanan pertama atau perlawanan pembukaan bagi saingan Premier League(PL) bagi musim 2019/2020.



Perlawanan pembukaan kali ini menemukan naib juara PL musim lalu iaitu Liverpool menentang juara Liga Kejuaraan(Championship) Norwich City.

Norwich City pernah suatu ketika sangat dekat dihati peminat Malaysia, kenapa? Mereka pernah mengenakan jersi dengan lambang Proton diperut mereka.

Perlawanan ini berkesudahan dengan kemenangan selesa buat Liverpool dengan jaringan 4-1. Tapi keputusan akhir tidak mengambarkan keseluruhan perlawanan ini.



Norwich mempamerkan aksi memukau dan sering kali membuatkan peminat Liverpool sesak dada apabila mereka melakukan serangan.

[KLIK UNTUK TOP UP DENGAN MUDAH]

KLIK GAMBAR UNTUK TEMPAH JERSI LIVERPOOL



Dengan ini, penulis ingin berkongsi 5 perkara utama yang berlaku dalam perlawanan ini. Ayuh!


1)Ketajaman Serangan Liverpool.

Norwich bermula sangat baik dengan melakukan tekanan awal dan agak “keras” kepada Liverpool. Mereka hampir sahaja didepan kalau tak kerana ketangkasan Alisson confirm dah kena Liverpool ni. Bayangkan 20 minit awal Liverpool sudah tewas. Tewas dengan jumlah sepakan tepat kearah gol.

2 sepakan tepat kearah gol oleh Norwich sementara 1 untuk Liverpool. Tapi Liverpool mendahului dengan keputusan 2-0. Aikkk? 1 sepakan tepat tapi 2 gol? Main tipu ke apa Liverpool ni? Bukan, own gol tak kira sepakan tepat eh, sebab dia terbias. Origi cuba nak buat hantaran ke Firmino tapi pertahanan Norwich yang mengelabah nak skor kearah gol sendiri.

Bayangkan betapa “sharp” nya bahagian serangan Liverpool. 4 sepakan kearah gol dan 4 jaringan terhasil.

2)Norwich Bukan Pasukan Belasahan.

Diatas kertas, siapa je rasa Norwich ni boleh menang? Tapi ada sebab kenapa mereka bergelar juara Liga Kejuaraan musim lalu.

Pengurus mereka juga bukan calang-calang orang. Beliau merupakan pengurus yang agak terkenal di Jerman dan mencuba nasib di England. Dan beberapa pemain “sedap” mereka pun pernah menempah nama di Bundesliga(Liga Jerman).

Cara permainan mereka yang laju dan tepat membuatkan pertahanan Liverpool terabur beberapa kali. Mujur tak dihukum dengan gol.

Penulis berani cakap yang Norwich bakal menamatkan saingan di top 10 PL musim ini. Itu belum lagi cerita pasal penyerang mereka. Pukki!

3)Pertahanan Liverpool Tak Kental.

Bukan tak kental, tapi kurang kental, tak padu. Dari mata kasar penulis, terlihat Gomez terlalu naik keatas dan beberapa keputusan beliau tidak tepat dan kebanyakannya dari tackle beliau tak tepat.

Takpelah first game kan? Tapi penulis lagi suka kalau Matip atau Lovren diutamakan. Tapi Klopp lebih tahu ye dak?

Beberapa kali Norwich mudah menembusi bahagjan pertahanan Liverpool dan ramai yang tak nampak sebenarnya. Haaa, Fabinho beraksi agak selamber dan tidak terlalu keras untuk kali ini. Mungkin kesian kat pendatang baru kan?

Diharapkan pertahanan Liverpool kembali pulih, rabu nak lawan Chelsea dan hujung bulan nak lawan Arsenal yang memiliki pemain serangan yang padu musim ini.

4) Alisson Berehat Panjang?

Malang buat pemenang sarung tangan emas musim lalu iaitu Alisson Becker. Lepas sahaja 30 minit perlawanan berlangsung. Beliau terpaksa keluar dari posisinya kerana dikhabarkan kakinya terpeleot!

Mujur Liverpool sempat menyambar Adrian sebelum pintu perpindahan ditutup tempoh hari, dengan pemergian Mignolet takkan nak kasi budak muda jadi penjaga gol. Confirm pucat budak tu nanti.

Laporan terkini menyatakan Alisson bakal terlepas Super Cup menentang Chelsea minggu ini. Tetapi berita gembiranya kecederaan itu tidak serius.

Tahukah anda, kalau tak kerana Alisson, musim lepas peringkaf kumpulan pun tak lepas tau Liverpool untuk saingan Liga Juara-Juara Eropah(UCL).

5) Tim Krul Elak Norwich Dari Dimalukan.

Kembalinya Tim Crul ke PL kali ini bermula dengan langkah kiri, mana tidaknya 45 minit pertama je dah bolos 4 gol.

Bekas penjaga Newcastle ini, kembali dengan penuh keyakinan. Beliau sekurang-kurangnya melakukan 5 penyelamatan penting buat Norwich.

Kalau takda beliau, mau tak keputusan 9-1 kot. Hahaha. Ni anggapan je eh korang jangan serius sangat.

Klik untuk pertanyaan lanjut



Jadi, Norwich ni bukan lah pasukan yang boleh dipandang enteng ye. Power, pemain-pemainnya jugak laju dan berbakat.

Kalau ada yang nak pemain bajet murah dalam Fantasy Premier League(FPL) boleh ambik player Norwich. Antaranya :

1) Pukki
2) Leitner
3) Hernandez
4) Stiepermann
5)Buendia

Haaa, cadangan je ni, penulis pun bukannya power sgt bab FPL. Move on dan kita tunggu pulak lawan Chelsea eh.

#YNWA

Rumah Tangga

Bagi yang masih mencari pasangan atau bagi yang masih bujang atau belum berkahwin, berita penceraian, masalah rumah tangga kadang-kadang membuatkan mereka trauma untuk berumah tangga.

Banyak sekali berita-berita dan laporan negatif tentang masalah rumah tangga ketika ini. Lagi-lagi dengan zaman yang serba moden ni, dan zaman semuanya dipaparkan dan dipertontonkan di Socmed, lagilah banyak cerita dan kisah yang kita baca.

Macam saya sendiri kini mempunyai 5 orang anak yang hensem cantik dan comel(walaupun saya tak hensem). Dan seorang isteri yang serba boleh/berdikari/pemarah/garang/sikit manja/pandai masak(kalau nak cerita kelebihan dia sampai ke tahun 2199 pun tak habis).

Kadang-kadang. Biasalah gaduh, bak kata orang lama “sedangkan lidah lagi tergigit” kan.

Untuk kali ini, saya nak menulis cara macam mana nak stabilkan rumah tangga dan lagi tepat lagi adalah tips macam mana nak elakkan penceraian la, Kes curanglah dan sebagainya.

1) Jangan tinggal solat(untuk yang beragama islam)

Solat merupakan tiang agama, jadi apapun terjadi kau wajib dan mesti solat. Tengah gaduh ke, tengah takda duit ke apa saja masalah pun. Bila masuk waktu tiba, solat dahulu. Itu yang selalu saya lakukan, ini tengah maki2 ni, aku pikir:

“Apa eh salah aku?”

“Argghhh, solat dulu la”

Biasanya lepas solat, Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan.

[CARA MUDAH TOP UP]

2) SentiasaBersentuhan.

Maksud bersentuhan kat sini ialah bukan la buat ehem2. Atleast,sebelum kerja tu salam cium tangan atau cium dahi(suami cium dahi isteri). Tengah gaduh sekalipun, HARUS ada juga sentuhan.

Sebab apa?

Sebab bila bersentuhan secara saintifiknya kita akan terhubung sesama individu. Jadi bila nak buat jahat ke, nak curang ke Insyaallahkan teringat pasangan.

Lagi satu, kita bukan tahukan mungkin itu kali terakhir kita salam dia. Huhuhu.

3)’Hadiah’ kan Alfatihah.

Ini bab kerohanian sikit saya nak sentuh tapi sebelum tu saya nak tanya.

Apa perasaan korang terhadap orang yang beri korang makan? Atau hadiahkan makanan?

Mesti korang rasa sayang dan akan hargai dan membalas budi orang tu kan?

Ok, badan kita ni ada 2 bahagja utama iaitu jasad dan satu roh. Hari2 yang kita makan tu untuk memberikan kekenyangan pada Jasad. Abis roh makan apa?

Antara makanan tersedap roh adalah? Ya Al fatihah.

Orang hidup pun boleh kita hadiahkan Al Fatihah? Boleh.

So, Hadiahkan Alfatihah kepada pasangan kita Insyaallah dia akan sayang dan selalu ingat kita.

Jangankan kata curang? Nak pergi makan KFC tanpa pengetahuan kita pun rasa bersalah. Huhuhu.

Saya ni bukan la seorang suami yang baik. Masih mencuba menjadi yang baik. Perkongsian saya ni supaya kita semua menjadi yang baik untuk pasangan dan mengurangkan kes penceraian yang semakin meruncing ini ingat Allah tak suka orang yang bercerai.

Ok tu je dulu, lain kalik saya tambah yang lebih advance yer!

[KLIK UNTUK TEMPAHAN BAJU WANITA]

[KLIK UNTUK TEMPAHAN BAJU LELAKI]

[KLIK UNTUK MENDAFTAR TAKAFUL ZURICH]

Kekurangan Suatu Anugerah

Stevie G! Captain Fantastic! Itu antara nama panggilan yang sering dilaungkan oleh peminat Liverpool di seluruh dunia.

Tahukan anda nama dalam “ic” beliau siapa???

“Steven George Gerrard”

Beliau lahir pada 30 may 1980 di sebuah kawasan di Merseyside yang dikenali sebagai Whiston. Seorang bayi lelaki comel yang dilahirkan oleh Julie Ann Gerrard(ibu) dan mempunyai seorang bapa yang meminati Everton iaitu Paul Gerrard.

Gerrard lahir sebagai bayi tidak sempurna, beliau mengalami masalah dibahagian kaki. “Clubfoot” ialah suatu kecacatan di bahagian kaki dimana bahagian kaki tidak berada di kedudukan yang betul. Sama ada terangkat ke atas atau ke bawah. Bahagian kaki terutamanya tumit lebih kecil daripada tumit normal atau nama lain bagi penyakit ini adalah “talipes equinovarus”.

Berita baiknya. Masalah ini ada ubatnya.! Oleh kerana begitu sayangkan anaknya. Ibu bapa Gerrard tidak membenarkan Gerrard berjalan langsung mereka akan mendukung Gerrard ke mana saja.

[KLIK UNTUK CARA MUDAH TOP UP]

Seperti di “sumpah” setiap kali Gerrard pulih daripada sebarang kesakitan atau kecederaan. Beliau akan mendapat kecederaan baru semuanya berlaku sebelum umurnya mencecah 7 tahun.

*cacat bahagian kaki
*sakit tulang belakang.
*ibu jari kanan hampir di potong.

Selain masalah fizikal yang kecil dan beberapa siri kecederaan, Gerrard juga mempunyai masalah komunikasi.

Beliau antisosial, menurut laporan daripada cikgu pertama Gerrard ketika beliau berusia 5 tahun, beliau di gambarkan sebagai seorang budak yang pendiam. Tetapi sangat baik dan sopan santun cuma tidak banyak bercakap dan hanya duduk berseorangan. Tetapi ada sesuatu yang istimewa tentang Gerrrard ini adalah beliau sangat hebat dan lincah ketika bola dikakinya.

Menurut cikgunya:

“Untuk menjelaskan betapa hebatnya beliau bermain bola. Saya tidak perlu mengupah pengulas atau mana-mana individu yang pandai memerhati untuk membuktikannya, mak cik kantin kami pun dapat merasainya(admin tambah je ni).”

Ternyata disebalik kecacatan yang di alami semasa bayi iaitu dibahagian kaki. Tuhan menganugerahkan bakat melalui kecacatannya, beliau membantu sekolahnya mencapai beberapa kemenangan dan piala. Semuanya hasil daripada usahanya dan kebanyakan gol hasil daripadanya. Beliau pendiam, namun menunjukkan emosi dan semangatnya juga kepimpinannya melalui bola sepak.

Seawal umur 5 tahun, Gerrard sudah dipaksa menyintai sebuah kelab bola sepak tempatan oleh pakciknya. Nak tahu kelab apa? Ya musuh setempat Liverpool iaitu, Everton!

Oleh kerana tempat tinggal Gerrard berdekatan dengan Goodison Park, beliau sering dibawa ke stadium tersebut dan sering kali bergambar bersama piala yang Everton menangi sambil memakai jersey kelab tersebut.

Karier bola sepak Gerrard bermula apabila beliau dipanggil menyertai pasukan junior tempatan “Tolgate”. Namun beliau bermula langkah kiri apabila kelab tersebut tidak dapat menerima Gerrard kerana beliau sangat kecil dan terlalu muda.

Bukan itu sahaja. Beliau juga ditimpa nasib malang.

[KLIK GAMBAR UNTUK ORDER JERSEY LIVERPOOL TERBARU]

Ketika sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakan dikawasan kejiranan mereka, Gerrard mengalami kecederaan serius sehinggakan ibu jari kakinya perlu dipotong. Kerana semasa bola termasuk kedalam semak samun, Gerrard cuba mengambil bola tersebut menggunakan kakinya, beliau menguis bola terbabit, lalu ingin menyungkit bola tersebut keluar daripada semak. Tetapi terdapat penggembur tanah di dalam semak tersebut. Dan Gerrard tersepak bahagian tajam tersebut sehingga menembusi kasutnya.

Setelah mendengar bahawa kaki anaknya perlu dipotong. Ibu bapa Gerrard mencuba berubatan lain dan mencuba perubatan tradisional.

Alhamdulillah, selepas setahun Gerrard pulih dan kembali bermain bola seperti biasa.

Kemuncak prestasi beliau apabila bermain untuk pasukan kejirannya Whiston Juniors, dan ketika itu bakat beliau dikesan oleh pencarik bakat bagi pasukan Liverpool.

Akhirnya Gerrard berjaya menyertai akademi pasukan Liverpool pada umur 9 tahun.

Sebenarnya, oleh kerana bakatnya yang hebat, bapa dan juga pakcik Gerrard cuba mendapatkan seberapa banyak trial bersama beberapa buah pasukan. Termasuk Manchester United! Ya, Betul tak salah dengar tu!

Fuhhh, Nasib baik tak dapat masa tu weyhh.

Cariernya bersama Liverpool bermula pada umur 9 tahun dan semasa umurnya 17 tahun beliau menandatangani kontrak professional nya yang pertama bersama Liverpoool. Tetapi hanya melakukan penampilan pertamannya setahun kemudian.

29 November 1998 merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan oleh Gerrard, Penampilan sulongnya bersama Liverpool.

“Budak mana pulak tu dia(Manager Liverpool) masukkan tu”

“Aduhh, Budak kecik ni, alahaii. Takda duit nak beli pemain la tu, pakai dak dak akademi la ni”

Ini mungkin antara dialog yang dilontarkan masyarakat Liverpool dan peminat seluruh dunia ketika itu.

Masuk pada minit-minit terakhir perlawanan menentang BlackBurn Rovers dan hanya bermain sebagai pemain sayap ketika itu.

“Sejujurnya, Saya tak biasa bermain posisi tersebut, tapi setiap peluang untuk saya bermain saya akan berusaha bersungguh sungguh.” kata Gerrard.

Mula menjaringkan gol hanya selepas setahun kemudian. Dibawah kendalian penuh pengurus ketika itu Gerard Houlier. Steven Gerrard mula mendapat tempat di hati peminat.

Perlawanan menentang Sheffield Wednesday dan Liverpool sedang mengalami masalah kecederaan yang meruncingkan. 3 pemain utama ketika itu tercedera antaranya ialah Jamie Redknapp, Patrik Berger dan Vladimir Smicer sehinggakan memaksa pengurus menurunkan Gerrard.

Wednesday memulakan perlawanan dengan baik sekali di Anfield ketika itu, mereka menjaringkan gol menerusi sepakan percuma sebelum Sami Hyppia menyamakan kedudukan dan Danny Murphy menjaringkan gol untuk Liverpool mendahului 2-1.

Bermulalah detik bersejarah bagi budak remaja berasal dari Winshton Merseyside Liverpool tersebut, dengan mengenakan jersey No28 dibelakang bajunya ketika itu.

Gerrard mendapatkan bola daripada rakan sepasukannya iaitu Rigobert Song dikawasan tengah padang, lalu beliau melarikan bola tersebut menggunakan kaki kirinya. Kaki yang panjang namun tidak begitu betotot, kurus. Beliau seperti sedang terbang menuju kearah pintu gol Wednesday. Serangannya tidak terlalu fancy. Serangan terus dari tengah dan memperdayakan 3 orang pertahanan berpengalaman. Sebelum membuat sedikit skill dan merembat masuk menewaskan penjaga gol.

Beliau meraikan gol pertamanya dengan berlari kearah “Anfield Road End” dan membuat “Klinsmann Dive” dihadapan peminat.

Musim tersebut merupakan musim Gerrard. Beliau mendapat masa bermain yang agak banyak oleh kerana kecederaan aneh yang dialami Jamie Redknapp.

Pada Oktober 2003, Gerrard dipilih sebagai Ketua pasukan Liverpool yang dipegang oleh Hyppia sebelum itu. Gerard Houlier berpendapat bahawa Gerrard memiliki sesuatu yang tiada pada pemain lain. Kepimpinanya bukan sekadar pandai berucap untuk menaikkan semangat pasukan tapi beliau menaikkan semangat pasukan melalui tindakannya ketika dipadang.

[klik gambar untuk maklumat lanjut]

Dan selepas itu? adalah sejarah, Bak kata pepatah orang putih.

“And the rest are history”

*skip bab “Miracle of Istabul” sebab nanti saya buat dilain tajuk*

Sepanjang 17 musim bersama Liverpool, Gerrard telah berjaya membantu Liverpool dan juga terdapat beberapa pencapaian individu yang beliau peroleh, Antaranya:

2 Fa Cup.
3 League Cup.
1 Champions League.
1 Uefa Cup.
1 Fa Community Shield.
1 Uefa Super Cup.

8 kali terpilih sebagai PFA team of the year.
3 kali sebagai Uefa team of the year.
3 kali Fifa World XI

Tetapi yang paling menyedihkan adalah beliau tidak pernah memenangi EPL, Walaupun hampir 2 kali menjadi naib juara.

Takpalah Gerrard anda sudah menang dihati kami!

Ini merupakan secara ringkasnya, Kalau nak cerita pasal Gerrard ni 3 bulan menaip pun tak habis. Banyak sekali kenangan manis bersama Liverpool.

Antara pemain terbaik yang saya lihat sepanjang bergelar sebagai Peminat Liverpool.

Bagi anda? Moment Gerrard mana yang paling terkesan dalam hati anda? Ayuh kongsikan!

Ape Cer Liverpool?

Tamat sudah siri jelajah perlawanan pra musim buat pasukan Liverpool. Kini mereka bersedia untuk berdepan dengan Manchester City pada hujung minggu ini dalam perlawanan Fa Community Shield.

Liverpool bermain sebanyak 7 perlawanan buat perlawanan pra musim kali ini, dan mencatatkan 3 kemenangan 1 keputusan seri dan 3 kekalahan.

Mereka membuka tirai perlawanan pra musim kali ini dengan perlawanan menentang pasukan jiran mereka iaitu Tranmere Rovers. Pasukan bimbingan Klopp ketika itu tanpa hampir kesemua tonggak utama yang masih bercuti dan menurunkan sebahagian besar pemain muda. Dalam perlawanan yang berkesudahan dengan Liverpool menang dengan jaringan 6-0 itu, menyaksikan beberapa pemain muda mencuri tumpuan. Antaranya ialah Rhian Brewster dan Yasser Larouci.

Selepas itu Liverpool bertemu dengan Bradford City dan kemenangan juga berpihak kepada pasukan Liverpool dengan keputusan 3-1 dimana James Milner berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut dan satu lagi gol oleh Brewster.

Dan bermulalah jelajah pra musim Liverpool di Amerika Syarikat dan menentang 3 pasukan elit eropah bermula dengan Borussia Dortmund diikuti dengan Sevilla dan seterusnya Sporting Lisbon. Malangnya keputusan yang kurang memberangsangkan yang dicatatkan oleh Liverpool dalam 3 perlawanan ini, Tewas kepada Dortmund dan Sevilla kemudiannya seri menentang Sporting Lisbon.

[CARA MUDAH TOP UP KLIK SINI]

Jelajah Amerika Syarikat ini telah disertai oleh beberapa tonngak utama seperti Virgil Van Dijk, Jordan Henderson, Gini Wijnaldum, Andy Robertson dan Trent Alexander Arnold. Tetapi keputusan tetap tidak memihak kepada Liverpool. Yelah, latihan pra musim biasanya memfokuskan kepada perkembangan kecergasan pemain, pemain yang sudah 3 minggu bercuti kembali semula berlatih dalam skuad utama.

Seterusnya, Liverpool menentang Napoli, pasukan yang berjaya mereka tundukkan diperlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah(UCL) musim lalu dan menyaksikan mereka akhirnya lolos ke peringkat kalah mati dan seterusnya berjaya menjulang piala agung tersebut. Tetapi Napoli sepertinya berdendam dengan Liverpool, tanpa belas kasihan mereka membantai Liverpool 3-0.

Dan mereka menutup tirai perlawanan pra musim kali ini dengan kemenangan keatas Lyon dengan keputusan 3-1. Perlawanan ini menyaksikan bintang utama seperti Firmino, Mo.Salah, Alisson, Keita dan Shaqiri kembali memperkuatkan pasukan Liverpool tetapi mereka hanya diberikan 30 minit sahaja masa bermain. Walaupun pada awalnya penjaga gol utama Liverpool, Alisson membuat kelakar, tapi penyudahan padu oleh Firmino, gol sendiri oleh pihak lawan dan tendangan roket Wilson membantu Liverpool dari dimalukan.

Itu sedikit rumusan bagi perlawanan pra musim yang Liverpool lalui pada cuti musim panas ini, terdapat beberapa perkara positif daripada perlawanan ini, walaupun pada keseluruhannya dan jika dilihat melalui keputusannya ianya sangat mengecewakan.

Kesemua pemain muda yang diberikan peluang mengambil peluang dengan sangat baik tapi ada antara pemain muda yang gagal memberikan impak dan dikembalikan ke skuad bawah 23 tahun sebelum perlawanan menentang Lyon iaitu kem latihan terakhir pasukan Liverpool. Antaranya ialah Nat Philips, Curtis Jones, Ryan Kent dan Ben Woodburn.

Ada juga pemain yang memberikan impak yang baik dan mungkin diserapkan oleh Jurgen Klopp ke skuad utama seperti Harry Wilson, Adam Lewis, Ki Jana Hoever, Yasser Larouci, Sepp Van den Berg, Rhian Brewster dan Harvey Elliot.

[Klik gambar untuk order jersey Liverpool]

Untuk pemain senior pula, bagi pandangan penulis terdapat beberapa pemain yang sepertinya kurang cergas dan dalam fasa mengembalikan semula ketajaman mereka, contohnya seperti Chamberlain, Joe Gomez dan Adam Lallana. Mereka ini telah berehat panjang musim lalu kerana kecederaan dan kembali bermain semula pada perlawanan pra musim ini. Walaupun nampak kesulitan, mereka tetap memberikan sepenuh perhatian ketika dalam padang dan paling menonjol adalah Adam Lallana yang diberikan peranan baru oleh Jurgen Klopp sebagai pemain tengah bertahan.

Apa-apa pun, ianya hanyalah perlawanan pra musim dan keseluruhan perlawnan ini tidaklah mengambarkan prestasi sebenar pemain Liverpool. Sebagai penyokong kita perlu letakkan sepenuh kepercayaan kepada Jurgen Klopp, ingat tak musim lepas dia bawak UCL untuk Liverpool? Hahaahha.

Kita tunggu game pertama Liverpool musim ini menentang Manchester City, tapi ini pun kira perlawanan pra musim jugak tau. Apa-apa pun bak kata Nora Danish,kita enjoy!

#YNWA

[TAILORED MADE SUIT DENGAN HARGA MURAH KLIK SINI]

[EJEN TAKAFUL ZURICH PILIHAN PENULIS]

Bantuan Di Saat Memerlukan

Manusia yang hidup dimuka bumi ini tidak akan pernah terlepas dari ujian. Dari kecil lagi kita sudah menghadapi ujian, dari sekolah sehingga kita nak cari kerja pun ada ujiannya. Itu belum lagi diambil kira dari ujian daripada Pencipta kita, kan?

Tapi harus diingati, setiap ujian ini bersebab dan kita mampu menghadapinya baru Allah turunkan kita ujian ini. Sebut pasal ujian, ada satu ujian yang agak sukar, lagi-lagi seperti penulis sendiri, Bahasa mudahnya ialah “duit cukup-cukup je ni”. Jadi bila ditimpa musibah, seperti kena masuk hospital ke, dan ada kecederaan dimana kita nak minta bantuan?

Kalau ada kawan-kawan yang sudi tolong, alhamdulillah, kalau takda? Haaaa, korang pernah dengar pasal takaful?

Bila sebut pasal Takaful ni, pasti yang berlegar di ruang fikiran hanyalah ejen insuran yang mengejar duit korang. Betul? Jangan salah paham dan label semua agen seperti itu. Tak semuanya, kalau korang nak agen yang baik, klik kat sini, insyaalah berbaloi. Ok kita kembali ke topik utama kita.

Apakah maksud dan konsep Takaful sebenarnya? Takaful pada asasnya adalah  satu tabung dimana ia mengumpul semua wang yang disumbangkan oleh semua pemegang polisi.

Duit sumbangan yang dikumpul kemudiannya dilaburkan pula kepada amanah saham yang PATUH SYARIAH, yang ni bezanya takaful dengan Insurans, syarikat insurans boleh melabur kemana sahaja yang mereka suka, termasuk ke syarikat perjudian, arak dan sebagainya.

Hasil pelaburan atau jumlah wang yang dikumpul selepas dilaburkan itulah digunakan untuk membayar Bil rawatan hospital, Pampasan akibat sakit kritikal, Pampasan akibat hilang upaya / cacat kekal, Pampasan kematian kepada penama / waris dan lain-lain pampasan yang dipersetujui bersama oleh syarikat Takaful dengan penyumbang. Biasanya agen akan memberikan keterangan secara terperinci mengenai hal ini.

Masa ni sekali lagi, agen yang baik dan betul-betul ikhlas dan komited dengan kerja diperlukan untuk mengendalikan takaful kita ini. Boleh klik disini untuk agen yang baik untuk anda.

Apa kebaikan lagi Takaful ini selain membantu diri sendiri? Sebenarnya Takaful ini memberikan juga kebaikan kepada ahli keluarga kita, andai kata sesuatu yang buruk menimpa kita(minta dijauhkan), waris atas keluarga kita juga dapat manfaat ini. Dahla kita ditimpa kecelakaan dan satu kesedihan, hilang punca pendapatan pun satu kesedihan. Sekurang-kurangnya kesedihan itu dapat sedikit diubati daripada sumbangan anda ke Takaful ini.

Ingat tak tadi kita ada sebut pasal sumbangan ke tabung? Ya, semua penyumbang akan dikira membantu si penyumbang yang dalam sesusahan. Wang kita juga terlibat dalam membantu orang yang dalam kesusahan dan tidakkah itu dikira satu amal? Dapat pahala kan. Sambil kita bertakaful, kita juga dapat membantu orang dan mendapat pahala.

Panjang lagi yang boleh penulis nak taip pasal takaful ni, tapi biasalah orang melayu asal panjang sikit mula lah nanti cakap “bro tak boleh lukis ke”. Korang klik pada nama yang tertera dibawah untuk mendapatkan lebih penerangan tentang Takaful, set masa anda sebentar untuk mempermudahkan masa anda pada masa hadapan.

Ingat sediakan payung sebelum hujan ye, jangan nanti nak terberak baru nak carik jamban, hahahaha.

Hubungi atau Klik sahaja nama tertera dibawah untuk maklumat lanjut:

Azizul Azri (Whatsapps)

(Perunding Takaful Zurich)

(Solusi Plan Takaful Anda)

[Cara mudah untuk top up klik sini]

Mitos 3 Pagi

Aku tak tahu sebenarnya mana mulanya idea ni boleh berkembang dan disebarkan. Siapa yang cipta? Siapa yang bentangkan idea ini.

Idea tentang “jangan bangun jam 3 pagi, banyak hantu/setan time ni” ada jugak yang berkata “biasa jam 3 baru hantu ada/keluar”.

Dan yang paling power lagi, idea ini disokong oleh filem-filem barat, thailand even filem seram melayu jugak nak tekankan bila jam 3 pagi je akan terjadi kejadian seram dan menakutkan. Pelik bukan?

Kita yang sering kali didedahkan dengan cerita sebegini dikaca-kaca televisyen dan juga hasil dari mulut ke mulut tentang idea ini mula mempercayainya.

Asal terjaga jam 3 pagi je. Terus meremang, takut, nak tidur tak lena, nak bangun takut. Pernah tak bende ni jadi kat korang semua?

Setelah aku perhatikan dan menjalani sedikit kajian sejak 2010. Maka aku keluar dengan sebuah pemikiran yang dianggap tidak logik oleh sesetengah orang jika diikut oleh logik akal dan keadaan sekeliling.

Aku, kamu, kalian dan kita SEMUA TELAH DITIPU. Ditipu kenapa? Sebenarnya jam 3 pagi sehingga ke waktu subuh merupakan waktu yang baik untuk kita bangun dan melakukan ibadah tambahan. Kerana pada waktu itu, tidak banyak gangguan para manusia dan juga kita boleh fokus kepada ibadah.

Dari segi sains pula ada juga baiknya, tapi kalau aku nak cerita secara terperinci banyak jugak nak kena taip dan banyak pulak fakta perlu dimasukkan, jadi aku skip sikit pasal tu.

Tapi yang menjadi permasalahan utamanya, bila kita terjaga jam 3 pagi, otomatis pemikiran kita sudah memikirkan soal hantu/seram dan hal-hal negatif yang lain.

Jika diamati selama hampir 10 tahun pemerhatian aku, jin/syaitan/hantu makin tidak aktif menjelang subuh mereka paling aktif dari selepas waktu asar sehingga jam 2 pagi.

Waktu asar ni waktu pertukaran antara 2 alam. Waktu normal untuk manusia bersiap untuk pulang dari kerja dan juga waktu normal untuk golongan jin/syaitan mula bekerja.

Sebab itu, kita punya ketahanan badan dari serangan serangan dunia halus akan sedikit lemah pada waktu petang dan digalakkan untuk tidak tidur pada waktu tersebut.

Lepas jam 12 tgh malam je sebenarnya aktiviti kaum tersebut makin slow sebab dorang dah habis kerja. Menjelang jam 3 mereka hampir tidak bekerja. Adalah sesetengah kutu rayau dalam kalangan kaum mereka yang ada. Biasalah manusia pun ada je yang tak tido malam kan. Samalah.

Nanti untuk post seterusnya aku akan borak lebih mendalam pasal kaum mereka. Sebab tak sedap lak nak borak semua dalam satu post. Hahaha.

So, kalau terjaga jam 3 pagi, jangan takut, jangan duduk je. Ambik wudhuk, solat sunat ke. Dah settle semua tu kalau tak boleh tidur gak tengok bola ke main ML ke, hahahhaha.

[Klik SINI untuk Top Up dengan mudah]

Design a site like this with WordPress.com
Get started